KUANTAN, 22 Sept – KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Nurul Huda Bin Romli, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Pahang hari ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi memperkukuhkan jalinan hubungan baik antara kedua-dua belah pihak. Dalam pertemuan ini, Encik Nurul Huda Bin Romli menzahirkan kebimbangan beliau terhadap isu pencemaran sungai akibat aktiviti perlombongan haram.

Dalam usaha untuk menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, pihak JMG diharap dapat melaporkan sebarang maklumat kepada SPRM sebagai langkah dan usaha bersama membanteras jenayah rasuah serta menutup ruang dan peluang rasuah daripada berlaku dalam jabatan.