KOTA BHARU, 20 Sept - PKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat daripada deligasi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Belia Negeri Kelantan hari ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi mendapatkan informasi dan maklumat berkaitan statistik kes rasuah di negeri Kelantan. Selain itu, antara perkara yang dibincangkan adalah menyelaraskan kerjasama diantara ADUN Belia Kelantan dan SPRM untuk pendidik belia atau generasi muda bebas rasuah di negeri ini.

Melalui kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik diantara ADUN Belia Kelantan bersama SPRM negeri Kelantan.