KOTA KINABALU, 18 Ogos - TPj. Karunanithy a/l Y. Subbiah, Pengarah SPRM Sabah menerima kunjungan hormat daripada Encik Feroz Razi Ramli, Chief Executive Officer Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd. di pejabat SPRM Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Feroz Razi Ramli telah menzahirkan iltizam untuk menjalinkan kerjasama strategik antara Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd. dan SPRM di samping membincangkan penambahbaikan kepada isu-isu tadbir urus, ketirisan dalam perolehan dan aktiviti pencegahan serta pengukuhan integriti di dalam organisasi syarikat tersebut.

Kepedulian kesalahan organisasi komersial juga telah mendorong delegasi Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd. berkunjung ke SPRM Sabah bagi mendapatkan pendedahan dan kefahaman organisasi komersial di bawah peruntukan seksyen 17A Akta SPRM 2009 menerusi sesi taklimat SPRM yang akan dianjurkan oleh syarikat tersebut.