KOTA BHARU, 12 Ogos - PKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat daripada Tuan Adnan Hj Abd Rahman, Pengarah KPDNHEP Negeri Kelantan di Kompleks SPRM Kelantan hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua agensi. Peluang ini juga digunakan bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan terutama dalam usaha-usaha pencegahan dan membenteras jenayah rasuah di Negeri Kelantan.

Selain itu, perkara yang turut dibincangkan adalah mengenai isu-isu semasa serta usaha untuk mengurangkan ketirisan dan salah laku rasuah terutamanya isu-isu sempadan berkaitan minyak masak dan juga petrol.