JOHOR BAHRU, 12 Ogos - YBhg. Dato’ Haji Azmi Haji Alias, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor pagi ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara SPRM dan Kerajaan Negeri Johor khususnya Pejabat Menteri Besar Johor di dalam usaha membanteras rasuah.

Aspek yang diberikan penekanan dalam perbincangan yang berlangsung hampir satu jam ini adalah berkaitan penyalahgunaan dana bantuan kerajaan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. SPRM akan turut membantu kerajaan negeri Johor dalam meningkatkan integriti dalam kalangan penjawat awam negeri Johor agar komited dalam mengurangkan ketirisan hasil kerajaan. Turut dibincangkan berkenaan hal-hal dan isu semasa yang berlaku serta program-program pencegahan rasuah yang bakal dilaksanakan melibatkan kerajaan negeri Johor.

YAB Datuk Ir. Haji Hasni amat menyambut baik inisiatif berterusan SPRM memerangi rasuah secara agresif di peringkat pentadbiran kerajaan negeri Johor.