PUTRAJAYA, 5 Ogos – KPKPj Mohd Tarmize Abd Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM telah membuat kunjungan hormat kepada Dato' Mohd Sallehuddin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri pada hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) yang meminta Modul pengurusan Integriti diperkemaskan dan dilaksanakan semula.

Dato Mohd Sallehuddin telah melantik Encik Mohammad Ismail, TKSU Pengurusan JPM sebagai penyelaras JPM bagi memastikan Modul diperkemas dan dikuatkuasakan semula.