MELAKA, 6 Ogos – SPRM Melaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melalui pemasangan papan iklan (billboard) di laluan utama Jalan Ayer Keroh, Melaka.

Majlis perasmian papan iklan (billboard) telah dirasmikan oleh PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Melaka.

Kerjasama ini merupakan kesinambungan usaha MPHTJ untuk mempromosikan budaya kerja berintegriti serta sokongan kepada SPRM Negeri Melaka dalam menyebarluaskan mesej antirasuah.

Ia juga merupakan simbolik ‘Melaka Tolak Rasuah’ untuk menggambarkan rakyat Negeri Melaka memandang jijik akan jenayah rasuah dan bersedia untuk melaporkan kepada SPRM jika mempunyai sebarang maklumat tentang jenayah rasuah.