PERAK, 27 Julai - Majlis Perasmian Hibrid Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah Warga Pendidik mendapat sambutan yang mengalakkan di laman youtube iaitu seramai 1,000 tontonan dalam masa empat jam ia disiarkan.

Majlis Perasmian yang julung kali diadakan secara maya ini terlaksana dengan kerjasama erat SPRM dan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung bagi memenuhi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dalam situasi negara menghadapi pandemik Covid-19.

Ucapan perasmian disampaikan oleh TPj Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Ucaptama ini disaksikan oleh warga pendidik seluruh negara dengan kaedah promosi melalui media sosial SPRM dan KPM.

Majlis berakhir dengan sesi pertukaran cenderahati antara SPRM dan KPM. Turut hadir Ketua Cawangan SPRM Teluk Intan, Ketua Unit PenMas Perak dan wakil Unit Integriti KPM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
27
Semalam
58
Minggu Ini
85
Bulan Ini
543

Keseluruhan
3442223