KUANTAN, 30 Jun – KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang telah membuat kunjungan hormat kepada YB Dato’ Seri Dr. Sallehuddin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Wisma Sri Pahang, Kuantan pada hari ini.

Fokus perbincangan adalah menjurus kepada hala tuju cadangan aktiviti pencegahan rasuah dan juga sektor operasi.

Antara isu penting yang dibincangkan adalah berkaitan skop operasi yang melibatkan aktiviti perlombongan haram, di mana Dr. Sallehuddin meluahkan rasa bimbang terhadap aktiviti perlombongan haram di Pahang kerana ianya terdedah kepada risiko pencemaran alam sekitar termasuk kemusnahan ekosistem berkaitan.

Selain itu, dibincangkan juga mengenai penempatan Pegawai Integriti yang bertauliah (CeIO) pegawai SPRM untuk ditempatkan di Pejabat SUK Pahang.

Diharapkan hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Pahang dan SPRM Negeri Pahang sentiasa kukuh demi menangani berlakunya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta dapat memelihara hasil maksum Negeri Pahang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
32
Semalam
56
Minggu Ini
155
Bulan Ini
757

Keseluruhan
3440813