KUANTAN, 24 JUN – KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang telah membuat kunjungan hormat kepada YDH. Datuk Abd Jalil Hassan, Ketua Polis Pahang. Perjumpaan ini telah berlangsung di Pejabat Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
 
Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin khususnya berkaitan dengan penguatkuasaan dan pencegahan rasuah di negeri ini. Perkara lain yang turut dibincangkan adalah mengenai hal semasa yang berlaku di dalam negara dan perancangan persiapan kedua-dua agensi dalam menghadapi PRK DUN Chini N.23.

Di akhir pertemuan, Pengarah SPRM Negeri Pahang telah membangkitkan isu-isu rasuah melibatkan warga PDRM Pahang. Pengarah turut mencadangkan penyerahan surat penghargaan kepada warga PDRM yang komited dalam memerangi rasuah dan telah melaporkan kes rasuah kepada pihak SPRM Negeri Pahang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
32
Semalam
56
Minggu Ini
155
Bulan Ini
757

Keseluruhan
3440813