KUALA TERENGGANU, 20 Mei- PPj Zainal Ayop, Timbalan Pengarah SPRM Terengganu menerima kunjungan daripada Syed Zulfadhlie Syed Zin, Ketua Perundangan dan Kesetiausahaan TDM Bhd bagi pada hari ini.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan halatuju polisi-polisi yang telah disediakan oleh pihak TDM Bhd bagi memenuhi langkah-langkah yang mencukupi (adequate measure) dalam mematuhi kehendak peruntukan di bawah Seksyen 17A ASPRM 2009.

TDM Berhad juga telah menyediakan Anti Corruption Handbook yang mengandungi semua inisatif pencegahan rasuah di peringkat syarikat.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Safarizal Sanusi, Eksekutif Perundangan TDM Bhd, Wan Mohd Mirza Wan Mohd Nor, Ketua Bahagian Integriti, Pematuhan dan Kelestarian TDM Bhd serta Haryati Nordin, wakil daripada Bahagian Risiko TDM Bhd.

Majlis yang berlangsung pada hari ini mengambil kira garis panduan PKPB yang disarankan oleh kerajaan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
6
Semalam
48
Minggu Ini
245
Bulan Ini
245

Keseluruhan
3438847