PUTRAJAYA, 22 Apr – SPRM melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) telah menyampaikan ceramah antirasuah kepada Persatuan Kriket Malaysia (MCA) melalui sesi webinar hari ini.

Kursus antirasuah webinar ini disertai oleh 67 orang peserta yang terdiri daripada pemain kebangsaan, pelatih dan pegawai MCA. Turut menyertai kursus ini ialah Presiden MCA, Mahindra Vallipuram dan Naib Presiden, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali. 

Antara topik yang disentuh dalam ceramah ini ialah bahaya rasuah, kriteria yang dikira sebagai salah laku rasuah serta kajian kes rasuah.

Program ini merupakan kesinambungan daripada Ikrar Bebas Rasuah yang ditandatangani oleh MCA bagi membanteras rasuah dalam sukan kriket Malaysia.