PUTRAJAYA, 13 Mei – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki telah menyerahkan wang sumbangan RM70,000.00 kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tanda prihatin warga SPRM dalam usaha mengumpul sumbangan kepada Tabung Covid-19.

Pemberian itu diharapkan dapat dimanfaatkan bagi membantu hospital menangani pesakit pada masa ini serta pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak ini.

Selain itu, SPRM Pahang, SPRM Sabah dan SPRM Perak juga turut mengambil inisiatif dengan turun padang membuat agihan makanan demi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 pada bulan yang mulia ini.

Diharapkan masyarakat setempat berusaha dalam menanam azam agar membenci rasuah, disamping bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19 ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
7
Semalam
48
Minggu Ini
246
Bulan Ini
246

Keseluruhan
3438848