KUALA TERENGGANU, 8 Mac - KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Ir. Yusuf Abd Ghani, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (JKR Terengganu) hari ini.

Kesempatan kali ini digunakan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan fungsi dan bidang tugas kedua-dua agensi. Rombongan turut diberi taklimat berkaitan aktiviti-aktiviti untuk memperkasakan integriti yang telah dilaksanakan oleh JKR Terengganu.

Tuan Ir. Yusuf Abd Ghani melahirkan hasrat untuk bekerjasama dan memberi sokongan penuh kepada SPRM dalam halatuju memartabatkan usaha pembanterasan jenayah rasuah, sekaligus dapat membudayakan nilai-nilai integriti di kalangan warga JKR di Negeri Terengganu.

Hasrat tersebut disambut baik oleh Pengarah SPRM Terengganu dengan harapan jalinan kerjasama yang diwujudkan pada hari ini akan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
32
Semalam
48
Minggu Ini
127
Bulan Ini
363

Keseluruhan
3436076