KUCHING, 5 Feb - KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak bertempat di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Kunjungan rasmi yang pertama KPKPj Mohd Zaki kepada YAB Ketua Menteri Sarawak telah membincangkan pemantapan spembudayaan integriti dan aktiviti - aktiviti pencegahan rasuah di seluruh Negeri Sarawak.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak; PPj Barbara anak Panit , Ketua Siasatan Negeri SPRM Sarawak dan juga PPj Othman Anyan, Ketua Penolong Pengarah,Unit Pemeriksaan Dan Perundingan SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
34
Semalam
48
Minggu Ini
129
Bulan Ini
365

Keseluruhan
3436078