PUTRAJAYA, 3 Mac - YBhg Tan Sri Datin Paduka Zaharah Ibrahim, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Prasarana Malaysia Berhad telah membuat kunjungan hormat ke atas KPj Puan Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM pada petang ini.

Peserta telah dibawa melawat ke Dataran Kawad di Aras 7, Bilik ‘Video Interviewing Room’ (VIR) serta konti MACC.fm. Taklimat berkenaan Liabiliti Koporat juga telah diberikan oleh KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf.

Seramai 23 orang melibatkan Pengurusan Tertinggi dan Ahli Lembaga Pengarah serta pegawai-pegawai dari Prasarana Malaysia Berhad turut serta dalam majlis ini.