KANGAR, 25 Feb – Program Wira Anti Rasuah SPRM Negeri Perlis dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang diadakan ini bersempena Pesta Buku dan Karnival Pembaca Perlis 2020.

Seramai 120 orang pelajar sekolah rendah berpeluang mendampingi SPRM dengan lebih dekat bagi mengetahui bidang tugas dan peranan SPRM dalam membanteras jenayah rasuah. Program ini berbentuk santai dan ceria bertujuan memupuk sikap bencikan najis rasuah di dalam diri para pelajar sebagai persediaan menjadi agen perangi rasuah di masa hadapan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
33
Semalam
48
Minggu Ini
128
Bulan Ini
364

Keseluruhan
3436077