KANGAR, 25 Feb - PKPj Suzeliyana Hashim, Pengarah SPRM Negeri Perlis telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Azlan Man Menteri Besar di Pejabat Menteri Besar Perlis pada hari ini.

Kunjungan hormat ini merupakan pendekatan bagi mengekalkan hubungan baik yang dibina sekian lama antara pemimpin kerajaan negeri bersama SPRM Perlis.

YAB Menteri Besar turut menyatakan komitmen Kerajaan Negeri Perlis memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam usaha-usaha pencegahan dan membenteras jenayah rasuah di Negeri Perlis.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PPj Nor Azreen Zulkafli, Timbalan Pengarah Operasi; PsK Abdullah Mohamed Kassim, Timbalan Pengarah Pencegahan serta pegawai-pegawai SPRM Perlis.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
11
Semalam
47
Minggu Ini
317
Bulan Ini
213

Keseluruhan
3440269