KANGAR, 25 Feb – PKPj Suzeliyana Hashim, Pengarah SPRM Negeri Perlis telah mengadakan kunjungan hormat ke Y.B Tuan Azman Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis pada hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang sedia ada terjalin di antara SPRM dan SUK Perlis.

Y.B Tuan Azman menzahirkan komitmen Jabatan Kerajaan Negeri untuk bersama SPRM dalam usaha pencegahan rasuah serta mempelawakan SPRM untuk mendidik rakyat Perlis bersama-sama menentang rasuah sempena Tahun Melawat Perlis Tahun 2021.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PPj Nor Azreen Zulkafli, Timbalan Pengarah Operasi; PsK Abdullah Mohamed Kassim, Timbalan Pengarah Pencegahan serta pegawai-pegawai SPRM Perlis.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
8
Semalam
47
Minggu Ini
314
Bulan Ini
210

Keseluruhan
3440266