MELAKA, 15 Feb – SPRM Negeri Melaka dengan kerjasama Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pengkalan Balak dengan jayanya telah melaksanakan program khidmat masyarakat bersama komuniti Pengkalan Balak, Melaka.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara SPRM Negeri Melaka dan masyarakat setempat selain menyampaikan mesej antirasuah menerusi program bersama AMAR KUIM.

Di kesempatan ini, masyarakat Pengkalan Balak berpeluang untuk mengenali SPRM dengan lebih dekat dan mengurangkan jurang komunikasi dan persepsi negatif berkaitan bidang tugas dan peranan SPRM dalam membanteras jenayah rasuah.

Program ini juga merupakan program berbentuk ‘self-organize’ oleh pelajar AMAR KUIM yang bertujuan memupuk sikap kepimpinan dan sukarelawan di dalam diri para pelajar sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
33
Semalam
48
Minggu Ini
128
Bulan Ini
364

Keseluruhan
3436077