KUCHING, 7 Feb - KPKPj Mohd Zaki Hassan,Pengarah SPRM Sarawak telah membuat kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Datuk Amar Jaul Samion, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Bapa, Petrajaya, Sarawak.

Kunjungan hormat ini adalah sempena pelantikan KPKPj Mohd Zaki Hassan sebagai Pengarah SPRM Sarawak yang baharu serta membincangkan kerjasama dua hala di antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan SPRM Sarawak dalam usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah dan memantapkan integriti.

Turut hadir dalam majlis ini adalah PKPj Chang Ching, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
28
Semalam
48
Minggu Ini
28
Bulan Ini
1186

Keseluruhan
3433919