KOTA BHARU, 5 Feb- Menyemarakkan lagi semangat hubungan dan kerjasama berterusan antara agensi penguatkuasaan TPj Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Kastam Di Raja Malaysia Negeri Kelantan Tuan Rakbi Mohd Saud pada hari ini.

Pertemuan ringkas itu telah membincangkan pelbagai usaha yang boleh dimainkan oleh kedua-dua dalam usaha meningkatkan integriti dan pencegahan jenayah rasuah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Aladi Riping @ Arifin, Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 (Bahagian Khidmat Pengurusan).

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
11
Semalam
47
Minggu Ini
153
Bulan Ini
389

Keseluruhan
3436102