KOTA KINABALU, 4 Feb - Kunjungan hormat TPj. Karunanithy A/L Y.Subbiah, Pengarah SPRM Sabah ke atas YBhg. Datin Hjh. Nurlaila Hj. Said, Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah telah diadakan di TH Hotel, Sembulan pagi ini.

Dalam sesi pertemuan tersebut pihak SPRM Sabah telah mewar-warkan kepada pihak Tabung Haji (TH) bahawa SPRM Sabah akan melaksanakan program bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi meningkatkan kesedaran, integriti dan benci rasuah. Pihak Tabung Haji telah bersetuju menjadi antara rakan strategik dalam pelaksanaan program yang dibincangkan tersebut.

Sebagai respon kunjungan hormat Pengarah SPRM Sabah dan Pengarah Tabung  Haji Negeri Sabah yakin dengan kerjasama dua hala ini dapat membantu memperkemaskan dan memperkasakan budaya kerja berintegriti dalam warga TH dan sekaligus boleh menjadikan TH sebagai sebuah organisasi Islam yang dinamik dan unggul di negara ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
47
Minggu Ini
85
Bulan Ini
85

Keseluruhan
3438687