ALOR SETAR, 3 Feb – Tuan Haji Roslan Rani, Pengarah Jabatan Perhutanan mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Dato' Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah hari ini. Kunjungan ini bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara dua jabatan sepertimana pepatah melayu menyatakan ‘yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang’ membawa maksud sesuatu benda baik tidak akan datang tanpa usaha.

Pada pertemuan ini, YBhg Dato' Shaharom Nizam Abd Manap telah menerangkan fungsi SPRM Negeri Kedah dan mengadakan perbincangan antara dua pihak untuk berkerjasama dalam usaha membasmi kegiatan rasuah khususnya di kalangan pekerja. Antara program yang dicadangkan adalah dengan mengadakan program secara bersama seperti Operasi Bersama, Sukan antara Jabatan dan Ikrar Bebas Rasuh (IBR).

Di akhir pertemuan, YBhg Dato' Shaharom Nizam Abd Manap telah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Roslan Rani sebagai tanda penghargaan di atas sokongan dan komitmen yang diberikan. Diharap pertemuan ini akan membawa kepada usahasama yang berterusan daripada semua pihak dalam mencegah isu jenayah rasuah di Negeri Kedah bersama-sama dengan SPRM bagi memastikan Malaysia bersih dari rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
33
Semalam
48
Minggu Ini
128
Bulan Ini
364

Keseluruhan
3436077