ALOR SETAR, 3 Februari – SPRM Negeri Kedah telah dijemput oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong bagi merasmikan Majlis Pelancaran Modul Berbudi Bahasa Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) serta memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai “Rasuah Tidak Mengenal Usia” sepertimana pepatah melayu mengatakan ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’.

Bersesuaian degan peribahasa ini, KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Operasi telah hadir mewakili SPRM Negeri Kedah bagi merasmikan Majlis SUMUR serta memberikan pendedahan mengenai rasuah kepada 760 murid di SMK Taman Jelutong, Kulim, Kedah. Ianya selaras dengan hasrat SPRM untuk mendidik dan menjadikan murid sekolah sebagai penggerak utama benteng memerangi perbuatan jenayah rasuah di masa hadapan demi kesejahteraan negara.

Di dalam majlis ini juga, beliau telah diberi penghormatan untuk menyampaikan Watikah Pelantikan kepada murid yang terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Badar dan Nuqoba’.

Diharap majlis seumpama ini akan melahirkan murid- murid yang mempunyai nilai integriti tinggi serta berusaha mencegah isu jenayah rasuah di Negeri Kedah bersama-sama dengan SPRM dalam memastikan Malaysia bersih dari rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
3
Semalam
47
Minggu Ini
144
Bulan Ini
50

Keseluruhan
3435763