ALOR SETAR, 30 JANUARI –  Dalam usaha untuk mengeratkan hubungan yang sedia terjalin dengan pihak media massa, SPRM Negeri Kedah telah mengadakan satu Perlawanan Persabahatan Boling bersama Media Negeri Kedah yang berlangsung di AMAN Central Bowl, Aman Central, Alor Setar, Kedah.  

Program dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi SPRM Negeri Kedah ini telah disertai oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada 40 warga kerja SPRM Negeri Kedah dan 12 orang jemputan ahli Kelab Media Negeri Kedah. Antara rakan media yang hadir menjayakan program perlawanan ini adalah dari TV3, News Street Time, Sinar Harian, Berita Harian dan Utusan Malaysia.

YBhg Dato' Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah hadir dan merasmikan perlawanan boling ini dengan membuat lontaran pertama sebagai gimik perasmian bermulanya perlawanan. Beliau juga bercadang untuk terus menganjurkan program sukan seumpama ini yang mana secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pengamal media dan Pegawai SPRM untuk berinteraksi dalam suasana santai. Program yang diadakan ini juga sebagai penghargaan kepada rakan media yang sentiasa memberikan sokongan kepada SPRM Negeri Kedah dalam menyebar luas mesej pencegahan rasuah.  

Melalui perlawanan boling bersama rakan media SPRM Kedah ini sudah tentulah akan memberikan kesan yang mendalam kepada pekerja serta rakan media dalam usaha mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan. Pengarah SPRM Negeri Kedah berharap program sukan seumpama ini juga akan terus mengekalkan hubungan baik yang selama ini terjalin antara warga SPRM dan pengamal media.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
16
Semalam
47
Minggu Ini
322
Bulan Ini
1403

Keseluruhan
3447767