MELAKA, 4 Feb – SPRM Melaka menerima kunjungan daripada Pengarah Cawangan Siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Melaka, Tuan Rizman Abdullah. Turut hadir bersama beliau ialah pegawai LHDN dari Unit Perisikan & Profiling, Pejabat Pengarah Negeri Sembilan & Melaka bagi membincangkan jaringan kerjasama yang boleh dibuat bagi memperkemaskan tindakan penguatkuasaan dari kedua-dua pihak.

Kerjasama ini nampak menarik apabila perbincangan berkisar kepada ruang dan peluang dalam tugasan dengan memaksimumkan kepakaran dalam bidang masing-masing sekaligus merupakan amaran kepada pelaku-pelaku rasuah yang masih memikirkan boleh terlepas dari tindakan undang-undang.

Perbincangan juga tidak terarah kepada isu operasi semata-mata tetapi juga kepada kerjasama pencegahan yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua jabatan bagi memastikan semua warganegara khususnya di Melaka merupakan ‘Law Abiding Citizen’.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
47
Minggu Ini
321
Bulan Ini
1402

Keseluruhan
3447766