PUTRAJAYA, 4 Feb - Berlangsungnya Program Perkongsian Halatuju Kerjaya Bersama Pelajar Kolej Saito, Petaling Jaya bertempat di Dewan Serbaguna Aras 7, Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Program bermula jam 11.00 pagi ini disertai 67 pelajar tahun akhir Diploma In Law Enforcement Administration daripada Kolej Saito serta pegawai pengiring, Cik Nur Syafiqah Abdul Aziz Ong dan Encik Azrul Shah Abdul Latif.

Taklimat keselamatan disampaikan oleh PPs Mohd Fazlan Awang manakala Ceramah Halatuju Kerjaya di SPRM disampaikan oleh Puan Wan Noraishah Wan Mohamad Isa.

Menerusi ceramah ini para peserta didedahkan dengan bidang tugas SPRM, laluan kerjaya dalam SPRM serta cara-cara untuk memohon menjadi pegawai SPRM. Turut hadir pada program ini ialah PPj Suryani Ali, Ketua Seksyen Pendidikan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
14
Semalam
47
Minggu Ini
320
Bulan Ini
1401

Keseluruhan
3447765