KUALA TERENGGANU, 3 Feb - KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Negeri Terengganu, telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Mohd Johari Ab Kadir, Unit Integriti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada hari ini.

Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala di antara SPRM Terengganu dan Unit Integriti UMT di samping membincangkan perjalanan intipati Program Hari Integriti UMT yang bakal diadakan kelak.

Kerjasama yang terjalin di antara kedua-dua pihak akan diteruskan dalam perlaksanaan program-program pencegahan rasuah dan integriti secara bersama di masa akan datang.

Kunjungan hormat diketuai oleh Tuan Haji Zukiferee Ibrahim, Pendaftar, Pejabat Pendaftar UMTserta dua pegawai Unit Integriti UMT.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
14
Semalam
47
Minggu Ini
320
Bulan Ini
1401

Keseluruhan
3447765