KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) pada pagi ini.  

YB Dato' Mohd Zahari Md. Azhar, YB SUK Negeri Terengganu berbesar hati menerima rombongan kunjungan hormat ini yang diketuai oleh KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu.

Dalam pertemuan ini, dibincangkan berkaitan dengan isu-isu integriti, program-program pencegahan rasuah serta penerangan berkenaan tugas-tugas yang dijalankan oleh SPRM Terengganu.

SPRM Negeri Terengganu juga bersedia memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam  menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan pencegahan rasuah di negeri ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
12
Semalam
47
Minggu Ini
318
Bulan Ini
1399

Keseluruhan
3447763