KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Pengarah SPRM Negeri Terengganu, KPKPj Ruslan Che Amad mengadakan kunjungan hormat sebagai salam perkenalan terhadap YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala di antara SPRM Terengganu dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu di samping membincangkan isu-isu integriti yang berlaku di Terengganu.  YAB Dato' Seri Menteri Besar turut melontarkan pandangan bahawa pemahaman secara berterusan berkait kesalahan-kesalahan rasuah perlu dilakukan oleh SPRM kepada semua pihak di segenap lapisan masyarakat.

Selain itu, kerjasama yang telah terjalin di antara kedua-dua pihak akan diteruskan dalam perlaksanaan program-program pencegahan rasuah dan integriti secara bersama di masa akan datang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
12
Semalam
47
Minggu Ini
318
Bulan Ini
1399

Keseluruhan
3447763