SEREMBAN, 28 Januari – Dalam usaha memperkukuhkan jalinan kerjasama antara dua pihak KPKPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan iaitu YB Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, EXCO Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar merangkap ADUN kawasan Labu bersama delegasi-delegasinya.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan membentangkan statistik maklumat serta isu yang berlaku dalam kerajaan Negeri Sembilan yang perlu diambil cakna oleh kepimpinan kerajaan hari ini dalam usaha membendung dan membanteras jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Selain itu, Tuan Mohamad Zakkuan juga berharap usaha pencegahan rasuah oleh SPRM perlu disokong dan diterjemahkan dalam bentuk kerjasama yang erat dari pelbagai pihak.

Dalam pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam ini telah membincangkan beberapa agenda dan isu untuk mencari solusi yang terbaik dalam memartabatkan penjawat awam dan parti politik khususnya dalam isu-isu rasuah dan salah guna kuasa. Tuan Haji Ismail memaklumkan bahawa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang di bawah bidang tugasnya perlu mendapat perhatian yang serius oleh SPRM berkenaan beberapa isu.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
18
Semalam
48
Minggu Ini
209
Bulan Ini
209

Keseluruhan
3438811