KUALA TERENGGANU, 21 Januari - KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu menerima kunjungan hormat daripada Encik Saharuddin Mohd Kia, Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu hari ini.

Kunjungan ini bagi bertukar pandangan dan pendapat berkaitan isu integriti dan juga isu semasa. Selain itu, turut diselitkan pelbagai cadangan serta perancangan program pencegahan rasuah dalam halatuju meningkatkan nilai integriti seluruh warga KPDNHEP Terengganu

Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu, telah menzahirkan sokongan kepada SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah dan akan terus cakna terhadap isu-isu berkaitan dengan integriti terhadap warga KPDNHEP Terengganu khususnya.

Beliau juga melahirkan hasrat untuk berkerjasama dengan SPRM Negeri Terengganu untuk mengadakan operasi bersama dan program-program penerangan berkenaan undang-undang  pencegahan rasuah di kalangan warganya.