SHAH ALAM, 21 Januari - Seramai 45 orang pelajar dari Universiti Selangor (UNISEL), bersama dua orang pensyarah pengiring diketuai oleh Puan Mumtazah Narowi dan Cik Nur Athirah Syuhada Hasni mengadakan 'Program Pembudayaan Integriti' dan lawatan akademik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor hari ini.

Objektif program dan  lawatan ini adalah bagi memberikan pendedahan dan gambaran betapa mustahaknya penerapan nilai-nilai integriti di kalangan mahasiswa universiti, dan kesemua mahasiswa ini juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang Sistem Perundangan yang ada di Malaysia, dimana para peserta yang hadir mengambil mata pelajaran MPU3322 'Introduction To Malaysian Legal System'.

Peserta dibawa ke aras bawah bagi sesi lawatan ke bilik kawad cam, bilik VIR dan lokap SPRM Negeri Selangor bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap perjalanan operasi SPRM secara amnya. Pensyarah pengiring dan semua para mahasiswa melahirkan rasa teruja dan amat berpuashati dengan pelaksanaan program pada hari ini.