SHAH ALAM, 20 Jan- Pengarah SPRM Negeri Selangor, TPj Dato' Haji Alias Salim telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, YDH ACP Mohd Ismail Muslim dan pegawai-pegawainya bertempat di Kompleks Pejabat SPRM Selangor, Shah Alam.

Dalam kunjungan hormat tersebut dibincangkan program yang bakal dilaksanakan seperti Taklimat Pencegahan Rasuah kepada Pegawai dan anggota IPK Selangor serta beberapa program pencegahan yang lain. Keterlibatan SPRM di dalam program-program IPK Selangor adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap integriti yang tinggi serta menyebarluas mesej anti rasuah di kalangan warga IPK Selangor.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Operasi, PPj Adi Supian Shafie; Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, PPj Kamaruzaman Yusoff; Ketua Unit Pemeriksaan & Perundingan PPj Azuan Adzhar serta pegawai-pegawai Penmas SPRM Negeri Selangor.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
49
Minggu Ini
172
Bulan Ini
1426

Keseluruhan
3446246