Cetak
Hit: 724

 

GEORGE TOWN, 20 Jan - TPj Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Abdul Rashid Abdul Samad, Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada hari ini.

Pertemuan yang berlangsung secara santai ini telah membincangkan beberapa perkara berkaitan dua organisasi ini diantaranya adalah isu-isu berkaitan tohmahan-tohmahan berkaitan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan juga program-program pencegahan rasuah.

Turut serta dalam rombongan ini ialah Tuan Ismail Mohd Said, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran), Tuan Haji Suhaimi Saidin, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah), Tuan Haji Zahari Zakariah, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid), Tuan Haji Abd Razak Haji Osman, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pendidikan Islam) dan Cik Faziana Farook, Ketua Penolong Pengarah (Sektor Integriti).