KUANTAN, 16 Januari  – Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS),  Laksamana Pertama (M) Hj Rozali Mohd Said telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah SPRM Negeri Pahang, Dato’ Hishamuddin Hashim.

Kunjungan hormat ini bagi berkongsi peranan dan fungsi agensi masing-masing. Pertemuan dua hala ini membincangkan serta memperkukuhkan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak termasuk membina hubungan silaturrahim dalam mempertingkatkan usaha membanteras dan mencegah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di kalangan warga Maritim.

Isu-isu integriti, kes-kes rasuah dan tadbir urus yang sentiasa membelenggu penjawat awam juga menjadi topik perbincangan dalam kunjungan hormat ini. Dato’ Pengarah SPRM Negeri Pahang menyambut baik dan memberikan sokongan penuh kepada komitmen pihak AMSAS dalam usaha perangi rasuah.