PUTRAJAYA , 14 Jan- Seramai 63 pelajar Diploma Pengajian Perniagaan Semester 3, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Rombongan pelajar yang diketuai oleh 2 orang pensyarah pengiring iaitu Puan Noorlaili Mohd Kassim dan Encik Muhammad Hashim Ahmad telah dibawa melawat ke ruang legar pameran aras 3 blok B, Konti MACC.FM, Dataran Kawad di aras 7 sebelum ke Auditorium aras 3, blok B untuk sesi taklimat seterusnya.

Para peserta telah didedahkan dengan ceramah bertajuk "Usaha Mencegah Rasuah oleh SPRM" yang disampaikan oleh P/KPKPs Muhamad Mustari Mustapah.