SABAH, 14 Jan – Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah, Georgie Abas telah membuat kunjungan hormat kepada TPj. Karunanithy a/l Y.Subbiah, Pengarah SPRM Sabah di pejabat SPRM Sabah pagi ini.

Pertemuan bersemuka ini telah membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan operasi bersama dan kerjasama dua hala dalam membanteras isu rasuah di Negeri Sabah khususnya.

Turut hadir sesi kunjungan hormat tersebut ialah Tuan Taha Julai, Ketua Bahagian Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Negeri Sabah, PPj. Datu Robbyie Shym Datu Pindatun, Ketua Siasatan Negeri, SPRM Sabah da PPj. Esyaron Johari, Ketua Unit Task Force, SPRM Sabah.