KOTA KINABALU, 13 Jan - Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JAS), En. Amirul Aripin telah membuat kunjungan hormat kepada P/TPj. Karunanithy A/L Y.Subbiah, Pengarah SPRM Sabah pada pagi ini.

Pertemuan berkenaan telah membincangkan isu-isu alam sekitar di Negeri Sabah terutamanya berkaitan dengan operasi bersepadu dan kerjasama dua hala dalam membanteras isu rasuah dan alam sekitar.

Turut hadir sesi kunjungan hormat tersebut ialah John Rampai, Timbalan Pengarah JAS Negeri Sabah; Puan Chai Hsieh Nee, Penolong Pengarah Kanan JAS Negeri Sabah serta pegawai SPRM.