SEREMBAN, 13 Januari – KPKPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Hj Pkharuddin Hj Ghazali, Pengarah Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (JPNNS) hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan beberapa perancangan antara dua jabatan yang boleh diterjemahkan ke dalam bentuk program atau aktiviti pencegahan rasuah. Pengarah Pendidikan Negeri menyambut baik kedatangan dan hasrat SPRM Negeri Sembilan untuk meningkatkan usaha pencegahan rasuah ke seluruh daerah Negeri Sembilan di mana pihak Jabatan Pendidikan akan memberikan kerjasama.

Selain itu, KPKPj Mohamad Zakkuan juga memberikan beberapa input berkaitan statistik mengenai maklumat dan tohmahan yang melibatkan Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Negeri, sekolah dan Institut Perguruan sebagai makluman Pengarah Pendidikan Negeri. Beberapa isu juga telah diketengahkan oleh Dato’ Hj Pkharuddin yang sinonim berlaku dalam kalangan penjawat awam khususnya guru dan pentadbir sekolah.

Hasil daripada perjumpaan ini telah memberikan impak yang positif kepada SPRM Negeri Sembilan dan juga Jabatan Pendidikan dalam merencanakan agenda memerangi rasuah pada peringkat jabatan.