KUANTAN, 8 Jan – Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang, Tuan Haji Mansor Mohd Hashim telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengarah SPRM Negeri Pahang, TPj Dato’ Hishamuddin Hashim.

Fokus utama perbincangan adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai hubungan dua hala yang boleh dilaksanakan antara SPRM dan Jabatan Perpaduan Negeri Pahang serta membina hubungan kerjasama dan silaturrahim kedua-dua belah pihak dalam usaha membanteras dan mencegah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini adalah Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang, PPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, dan Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Pahang, Puan Rosmawati Abdul Latif.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
10
Semalam
47
Minggu Ini
293
Bulan Ini
199

Keseluruhan
3435912