KUCHING, 8 Jan - TPj Haji Razim Mohd Noor, Mantan Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Talib Zulpilip, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) di Pejabat Menteri (Integriti Dan Ombudsman), Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, Kuching, Sarawak pada hari ini.

Kunjungan ini dibuat sempena pertukaran TPj Haji Razim Mohd Noor ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat.

YB Datuk Talib Zulpilip juga turut memaklumkan bahawa beliau akan terus memberi kerjasama dan komitmen penuh kepada SPRM khususnya di Negeri Sarawak dan pengarah baru yang bakal menggantikan tempat TPj Haji Razim di Sarawak dalam membenteras jenayah rasuah serta menyebar luas berkaitan info berkaitan rasuah di mana ia merupakan sebahagian portfolio beliau sebagai Menteri Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak.

Hit: 218