ALOR SETAR, 8 Jan – TPj Dato' Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Hj Mohd Zohdi Haji Saad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada hari ini.

Pada pertemuan ini, YBhg. Dato’ Hj Mohd Zohdi Haji Saad telah menerangkan fungsi MBAS dan bagaimana untuk pihak SPRM dan MBAS dapat berkerjasama dalam membasmi kegiatan rasuah di Bandaraya Alor Setar khususnya serta di seluruh negeri Kedah ini. Antara program yang dicadangkan adalah dengan mengadakan program secara bersama seperti Program Bersama Komuniti Alor Setar dan juga kempen Pencegahan Rasuah bersama MBAS melalui Kempen Pungutan Cukai.

Turut hadir bersama adalah KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah (Pencegahan); PKPj Ting Ing Ping, Timbalan Pengarah Operasi; PPj Azizun Hj Mohamad, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan serta pegawai-pegawai SPRM Kedah.

Hit: 227