PUTRAJAYA , 16 Dis - Seramai 50 orang penuntut berpangkat Sarjan Udara TUDM daripada Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan Kelas 1 Siri 66/19 yang diketuai oleh Mejar Adnan Abdullah telah mengadakan lawatan integriti ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rombongan telah dibawa melawat ke Konti MACC.FM serta Padang Kawad di aras 7 sebelum ke Sky Bridge di aras 13 Blok B.

Taklimat Pengurusan Lokap dan Bilik VIR juga telah didedahkan kepada para peserta. Seterusnya sesi ceramah yang bertajuk "Usaha Mencegah Rasuah oleh SPRM" telah disampaikan oleh Ps Mohd Hudzail Mohd Mansor.

 

Hit: 376