PUTRAJAYA, 10 Dis – Seramai 25 orang pegawai dari pelbagai unit di Risda Holdings Sdn Bhd telah mengadakan lawatan integriti ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Rombongan yang diketuai oleh Tn Mohd Ruslee bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Risda Holdings itu diberikan satu taklimat keselamatan sebelum dibawa melawat ke Konti MACC.FM.

Para peserta lawatan kemudian dibawa melawat ke Bilik Rakaman Bervideo (VIR), bilik kawad cam, Padang Kawad di aras 7 sebelum ke Sky Bridge di aras 13 Blok B.

Sesi Taklimat Pengurusan Lokap kemudiannya disampaikan oleh PKPs Mohamad Mustari Mustapah di Bilik Mesyuarat Utama PenMas Aras 12 Blok B.

Lawatan diakhiri dengan taklimat berkaitan peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 yang disampaikan oleh PsK Hamzah bin Ibrahim.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
48
Minggu Ini
262
Bulan Ini
262

Keseluruhan
3438864