PUTRAJAYA, 7 Dis- Seramai 100 sukarelawan dengan kerjasama 11 NGO dan 2 penaja korporat terdiri daripada ahli AMAR dan NGO antirasuah seperti Centre for Combating Corruption and Cronisym (C4), Transparency International Malaysia serta rakan Korporat, Top Glove Corporation Bhd telah bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2019 peringkat Ibu Pejabat bertempat di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya.

Program telah dirasmikan oleh TKPj Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM, diiringi oleh Dato' Sri Hj. Zakaria Hj. Jaffar, Presiden Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) dan TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM.

Sukarelawan Walkabout Perdana HARA 2019 telah mengendalikan Tinjau Antirasuah HARA disekeliling kawasan perniagaan di Putrajaya.Golongan peniaga juga telah diedarkan pelekat khas Ikrar Antirasuah yang dipaparkan di premis perniagaan sebagai tanda komitmen mereka dalam mencegah rasuah.

Tinjauan Antirasuah ini telah dilaksanakan serentak di seluruh negara bermula dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam, melibatkan lebih 1000 sukarelawan. Usaha ini telah berjaya mendapatkan lebih kurang 12,000 responden.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
10
Semalam
47
Minggu Ini
293
Bulan Ini
199

Keseluruhan
3435912