KUCHING, 28 Nov - Majlis Pelancaran Penubuhan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) IPTS Negeri Sarawak 2019 telah berlangsung di Dewan Serbaguna Tan Sri Aziz, i-CATS.

International College Technology Sarawak (i-CATS) merupakan IPTS pertama di Sarawak yang dipilih untuk menubuhkan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR).

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Hallman Sabri, Pengarah Eksekutif Sarawak Skills dan disusuli dengan ucaptama seterusnya perasmian AMAR i-CATS oleh TPj Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak

Majlis disempurnakan dengan penyampaian Sijil Penubuhan AMAR i-CATS oleh Pengarah SPRM Sarawak kepada Pengarah Eksekutif Sarawak Skills. Seramai 150 tetamu jemputan dan Mahasiswa telah menyaksikan acara yang penuh bersejarah ini.

Hit: 275