HULU LANGAT, 17 Nov - Kem Integriti Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Siri III/2019 telah berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 November 2019 di Kingfisher Campsite, Hulu Langat, Selangor.

Kem ini dihadiri seramai 97 orang peserta yang merupakan ahli-ahli AMAR daripada 6 KPTM, 4 Kolej MARA, GMI dan 4 KPM seluruh Malaysia.

Majlis Perasmian Penutupan Kem Integriti AMAR IPMa Siri III/2019 dirasmikan oleh TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM yang turut menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada setiap kumpulan.

Sebelum majlis perasmian penutupan berakhir, satu penzahiran lafaz ‘Sumpah Keramat Anak Muda Mahasiswa' dilaungkan dan dipimpin oleh CEO Peserta Kem iaitu saudara Afnan Hafizudin Shafie diikuti dengan semua peserta. Sesi bergambar turut diadakan sebagai tanda kenang-kenangan mengakhiri program ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
36
Semalam
53
Minggu Ini
301
Bulan Ini
349

Keseluruhan
3429972