PUTRAJAYA, 6 Nov - Seramai 43 pelajar tahun akhir Ijazah Perakaunan daripada UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka bersama dua orang pensyarah pengiring mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Rombongan yang diketuai Dr. Nor Aishah Mohd Ali itu tiba di lobi Ibu Pejabat SPRM jam 9.30 pagi disambut pegawai-pegawai bertugas daripada Cawangan Universiti SPRM.

Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizal Awang Senik sebelum para peserta dibawa melawat ke Konti MACC.FM, padang Kawad di aras 7 dan ke Sky Bridge di aras 13.

Lawatan berakhir dengan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar kenang-kenangan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
19
Semalam
48
Minggu Ini
113
Bulan Ini
1250

Keseluruhan
3438384